Ahad, 9 November 2008
SALAM UNTUK SEMUA.
Khamis, 2 Oktober 2008
AIDILFITRI
Tidak ramai yang berusaha menghayati lafaz-lafaz dalam takbir dan tahmid hari raya, walaupun diulang-ulang setiap kali tibanya hari raya..di mana kita dengan takbir, di mana kita dengan tahmid, di mana kita dengan tahlil..Andainya dapat dihayati ucapan takbir dan tahmid itu, pasti akan menimbulkan keinsafan, insaf pada segalanya..insaf akan kekerdilan diri..insaf akan kedhaifan diri..insaf akan kelemahan diri..tapi malangnya pada malam satu syawal yang sepatutnya dihiasi dengan membesarkan dan memuji Allah, dihiasi pula dengan letupan mercun, percikan bunga api, laungan lagu raya yang memenuhi setiap ruangan rumah kita..Allahu Akbar..anak-anak lebih mudah menghafal dan menyebut lirik-lirik lagu hari raya daripada lafaz-lafaz takbir, tahmid dan tahlil..apakah tidak cukup apa yang telah disediakan oleh Islam itu ? apakah sudah tidak lagi relevan dengan zaman yang dianggap moden ini ? tapi hairannya manusia hari ini kembali jahil, jahil pada adab agama, jahil dengan sunnah, jahil dengan akhlak agama, dan banyak lagi jenis kejahilan yang menimpa..kita sanggup import budaya di luar Islam untuk mengisikan hari kebesaran kita, ada menjadikan budaya asing itu sebagai pengisian yang wajib dalam hari kebesaran kita..sedih kita, ketawa si nashrani dan si yahudi melihat telatah umat Islam terutama remaja belia Islam kita, memang ketawa besar mereka sambil memerhati betapa mudah sangat umat Islam ini dipengaruhi..mulut kita kata tak mahu mereka, tak suka mereka tapi perbuatan mereka, tingkahlaku mereka, pakaian mereka, hiburan mereka diambil, dipuja, dibangga, dijulang..
Dari Anas Radhiallahu ‘anhu katanya : Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah datang ke Madinah dan bagi mereka ( penduduk Madinah ) pada ketika itu ada dua hari kebesaran yang mereka selalu merayakan dan bermain-main ( berseronok ) di dalamnya. Maka Rasulullah pun bertanya : Apa dia dua hari ini ? Mereka pun berkata : ( Inilah dua hari ) yang kami telah bermain-main bersukaria di dalamnya sejak zaman jahiliyah lagi. Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pun bersabda : Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dengan dua hari yang lebih baik dari keduanya (dua hari yang mereka bermain-main di dalamnya) iaitu: Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah. Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud.
- Bertakbir. Iaitu bermula pada malam raya hinggalah selesai solat hari raya. Rasulullah bersabda yang mafhumnya : “Hiasilah hari raya kamu dengan bertakbir (membesarkan Allah). Tapi sayangnya ketika itulah juga, kaum muslimin disibukkan dengan kerja-kerja dan persiapan terakhir menyambut raya.
- Mendirikan solat sunat hari raya : 7 takbir rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua.
- Sebelum solat, disunatkan mandi dan memakai pakaian yang elok serta memakai bau-bauan yang harum. Pakaian elok tak semestinya baru, kalau mesti baru maka seolah-olah memaksa kita untuk mengadakannya. Tapi kalau seseorang itu mampu, bolehlah ia membeli yang baru tapi janganlah sampai membazir, bukankah membazir itu saudara mara syaitan ? kita mahu jadi saudara mara hamba Allah di hari raya ini, bukan nak jadi saudara mara syaitan..jadi kalau tidak mahu jadi saudara mara syaitan, maka lakukanlah apa yang patut, tinggalkan apa yang tak patut..saya yakin saudara pendengar yang dirahmati Allah sekalian ada dan tahu jawapannya.
- Hari raya aidilfitri, disunatkan makan terlebih dahulu sebelum solat sunat hari raya. Yang sunnahnya ialah makan dengan beberapa biji kurma.
- Semasa pergi dan pulang ke / dari mengerjakan solat sunat hari raya, disunatkan melalui jalan yang berlainan. Maksudnya, kalau kita ada dua jalan yang boleh menyampaikan kita tempat solat, jalan depan dan jalan belakang, maka masa pergi solat kita guna jalan depan, manakala untuk pulang dari solat gunakanlah jalan belakang..hikmahnya, antaranya supaya kita dapat bertemu lebih ramai lagi dengan saudara-saudara kita.
- Sunat berjalan kaki ke tempat solat melainkan ada sebab keuzuran.
- Sunat melewatkan sedikit solat aidilfitri supaya memberi peluang orang untuk mengeluarkan zakat fitrah.
- Ucapkanlah tahniah kepada saudara-saudara kita dengan sebab tibanya Hari Raya..
Teman-temanku yang saya hormati..
Sebelum saya mengakhiri pertemuan kali ini, saya mohon setinggi-tinggi kemaafan sekiranya di sepanjang tulisan saya di blog ini ada kesilapan-kesilapan yang tidak disedari dan perkara-perkara yang mungkin menyinggung perasaan yang tidak disenghajakan, niat saya hanyalah satu menyampaikan ilmu semata-mata mengharapkan keredhaan Allah jua.. Sehingga kita bertemu lagi di pertemuan akan datang, insya-Allah..
Rabu, 1 Oktober 2008
ZAKAT FITRAH
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami terimalah ibadat daripada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Rasanya cukup sampai di sini dulu yang dapat saya sampaikan dalam tulisan blog saya kali ini, mudahan ada manfaatnya. Semoga kita bertemu lagi, insya-Allah..
والسلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته